Wednesday, November 25, 2009

Happy Birthday To Arjun Rampal



HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....

HAPPY BIRTHDAY TO HIM......

HAPPY BIRTHDAY TO MY FAVOURITE HERO..........

HAPPY BIRTHDAY TO ARJUN RAMPAL......

HAPPY BIRTHDAY

HAPPY BIRTHDAY

HAPPY BIRTHDAY


MAY YOU SUCCESS IN YOUR LIFE & MAINTAIN YOUR HANDSOME & MACHO........ :)


It's your big day today. Happy always yeah!



Friday, November 13, 2009

Mobile Beauty

Bagi mereka yang tiada masa untuk ke spa, nah! Ini la masanya untuk mereka memanggil orang-orang sepertiku. Business sekarang tak berapa bagus jadi aku kena create idea. Alhamdulillah, idea ini kurniaan Allah s.w.t sebenarnya. Kenapa aku berkata sedemikian? Kerana aku yakin & percaya, dengan doaku setiap hari akhirnya Allah memberikan aku idea sebegini. Alhamdulillah juga, bila aku mula iklankan service ke rumah, dapat sambutan.

Aku pasti, ada ramai juga org di luar sana yang nak ke spa tapi tiada masa, malu & sebagainya. Ada org dia nak ke spa tapi malu nanti ada org tau dia ke spa atau malu bila terjumpa dgn org lain di spa. Manusia ni pelbagai ragam. Jadi, aku ambik kesempatan membuat service ke rumah.

Namun begitu, tidak semua service aku mampu buat di rumah. Service yang ada hanyalah facial, resdung, foot oil therapy, body massage, sengkak rahim (naikkan peranakan), bertangas, body scrub, tummy wrap, body compress, waxing, make-up & henna. Bagi yang ada bath-tub di rumah mereka boleh la mendapatkan service mandi rempah, mandi susu, orange therapy atau bomb bath. Jangan risau pasal harga kerana ianya amat berpatutan.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan service ke rumah ini, boleh la hubungi aku di 012.256.7454 atau 013.610.7004 untuk mengetahu tentang harga atau apa-apa aje yang berkenaan. Suka aku nak b'tau di sini, bahawa service ke rumah hanya available for ladies only. Husband & wife & family boleh dipertimbangkan. Selain daripada itu, sila dapatkan rawatan di spa.

Wednesday, November 4, 2009

Ceramah Kesihatan & Motivasi

Satu ceramah kesihatan & motivasi akan diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penjagaan dalaman dan luaran, untuk mengelakkan kanser pangkal rahim, kanser payu dara, kanser uterus, kanser prostat, haid yang tidak stabil dan pelbagai lagi penyakit kronik yang kian meruncing sekarang ini tanpa kita sedari.

Selain itu, di dalam ceramah ini juga akan menyentuh tentang pengambilan pemakanan yang betul dan seimbang supaya dapat mengelakkan daripada terkena penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan misi negara iaitu melahirkan rakyat yang sihat, cergas, cermerlang, gemilang dan terbilang serta mempunyai minda kelas pertama.

Ceramah ini mengambil masa hanya 2 jam termasuk soal jawab dan ianya adalah PERCUMA. Disamping itu, perserta juga akan didedahkan tentang kecantikan. Kecantikan dalaman dan luaran.

Butir-butir adalah seperti berikut :
Tarikh : Bermula 13 November 2009 (setiap hari Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Fiq Beauty Centre : No. 3-1, Jln Rampai Niaga 2, Rampai Business Park, 53300 Setapak, Kuala Lumpur (bersebelahan dengan kedai tayar continental)
Penceramah : Puan Zawiyah bt Hj Mohd Amin
Contact (untuk pertanyaan / sahkan kehadiran) : 03.4143.6951

Jangan lepaskan peluang ini kerana tidak ada sebarang bayaran dikenakan. PERCUMA.

Thursday, October 22, 2009

Terima kasih

Ucapan terima kasih yg tak terhingga ingin kutitipkan di sini buat semua yg sudi menghadiri ke majlis opening ceremony & jamuan raya di spa/salon aku pada hari Ahad baru-baru ni.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Ramai juga tetamu yang hadir.....yang dah confirm nak dtg pun ramai tak dtg....pastu tak de inform apa-apa....hanya beberapa org je yg say sorry last minute tak dpt dtg......tu yg makanan banyak lebih tu.....tak pe, biar lebih jgn kurang.

Yang walk-in hari tu pun ramai sebab aku buat promosi gila punya murah. Dah org dtg aku jemput juga dia org makan.......

......dengan harapan lepas ni spa/salon aku akan bertambah customer.

Bila gambar-gambar semua dah dapat dari photographer, nak upload gambar kat facebook je.

Saturday, September 19, 2009

Terima Kasih & Selamat Hari Raya

Alhamdulillah.....Alhamdulillah......Alhamdulillah
Syukur kehadrat Ilahi keranaNya aku masih lagi bernafas hingga ke hari ini & insyaallah akan menyambut aidil fitri bersama keluarga aku di Muar pada hari esok. Aku akan pulang ke kampung pada pagi ini.

Business spa pada bulan puasa agak slow manakala business kuih raya berjalan seperti biasa. Cuma kali ini aku tak berani nak ambil job buat hamper, dapat pun aku tolak sebab tak cukup modal.

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang telah membeli kuih raya dengan aku kerana secara tak langsung mereka ini membantu aku dalam menyumbangkan sedekah untuk anak yatim. Seperti yang kujanjikan, 50 sen setiap kuih raya raya yang diberi akan aku salurkan ke Rumah Anak Yatim Nurul Qana'ah. Alhamdulillah, sumbangan melebihi RM200. Hasil collection aku & the geng (monthly collection) pula dapat diberikan kepada Anak-Anak Yatim Rumah Siraman Kasih sebagai duit raya. Dapat la mereka RM10 seorang.

Aku nak ambil kesempatan di sini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua. Mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada keterlanjuran kata or bahasa yang melukakan hati. Aku hanya insan biasa. Mohon dihalalkan mana yang termakan terminum terhutang. Hati-hati ketika memandu. Semoga berbahagia dihari raya ini bersama keluarga tersayang & jangan dilupa pada yang tiada. Terima kasih yang tak terhingga di atas sokongan yang diberi selama ini & harap sudi untuk terus menyokong aku. Harapan aku ialah rezeki pada business salon/spa/pengantin akan melimpah selepas raya ini, insyaallah......aminnnnn!!!!!!!!!

Thursday, August 20, 2009

Subhanallah

Kelu lidah tak dpt berkata-kata bila melihat gambar-gambar ini. Hanya mampu mengucapkan Subhallah.....betapi insan yang mempunyai 1/2 fizikal tetapi..........tersentuh sungguh hatiku melihat.





Wednesday, August 12, 2009

Kuih Raya - Membeli Sambil Beramal

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kuih raya tetap menjadi pilihan aku untuk menjualnya di musim raya ni. Bukan jual kat bazaar ramadhan pun. Cuma promote kat office, kenalan & internet je. Alah, sekadar top-up duit utk balik raya & duit raya untuk diberikan kepada mak, anak-anak, anak-anak buah & sedara-mara. Sebab tu aku tak focus sangat kat hamper. Kalo nak kaya memang focus kat hamper & jual kuih raya kat bazaar ramadhan. Kalau sedap memang confirm mewah la setiap tahun.....hehehe....namun begitu, kalau ada customer request nak hamper, aku akan buat.

Well, senarai kuih raya & gambar aku dah post kat blog lagi satu sebab tak nak la bercelaru dgn personal blog aku.....business is business walaupun hanya setahun sekali. Layari la http://sunshine-farah2u.blogspot.com

Untuk tahun ini aku memilih Rumah Silaturrahim Nurul Qana'ah untuk memberikan sumbangan hasil daripada jualan kuih raya itu nanti. Marilah bersama-sama membantu aku dengan membeli kuih raya yang aku jual. Ada rupa ada rasa. Tahun ni beli tahun depan mesti cari lagi. Memang confirm sedap. Sedap dan murah.

Friday, June 12, 2009

TEKNOLOGI LIVEZYME – PRODUK TERUNGGUL

Enzim merupakan protein yang membentuk rantaian asid amino. Ia boleh dilihat di dalam sel hidup, di mana ia berfungsi untuk mengawal proses metaboolik iaitu nutrient ditukarkan kepada tenaga dalam sel yang baik.

Dikilangkan menggunakan “Multiple Microorganism Symbiosis Fermentation Technology”. Proses natural menggunakan buah-buahan, sayur-sayuran dan herba yang terkandung 12 jenis bacteria simbiotik. Masa yang diambil untuk mengekstrak enzik atau molekul nano ialah 1-6 tahun.

Molekul nano adalah 100% penyerapan kepada sel badan. Proses adalah 100% semulajadi, bebas dari sebarang pengawet dan bahan tiruan. Standard diperakui oleh ISO9001 : 2000 dan HACCP : 2002.

Setiap titisan Livezyme terkandung enzim, mineral semulajadi dan asid amino. Kesan terbaik ialah proses sel dlam tubuh lebih berkesan dan system imun lebih baik. Ia penting untuk kesihatan dan kecantikan kita. Enzim utama yang terkandung di dalam Livezyme ialah “Superoxide Dismutase” (SOD). Bertindak mengawal fungsi fisiologi, metabolism tubuh dan melindungi sel agar bebas dari kerosakan.

Dengan menggunakan teknik biotechnology yang semakin maju, Lifezyme diperoleh dari intipati yang terkandung 102 jenis sayur-sayuran, buah-buahan, pokok alpine, rumpai laut dan berha yag mempunyai nili tinggi yang dipanggil Panax Ginseng. Ia dirumus khas kepada pesakit dan pesakit yang sedang pulih, bergantung kepada kesihatan mereka. Formula Livezyme membekalkan pelbagai jenis enzyme untuk memberi kesegaran kepada tubuh badan dan melambatkan proses penuaan.

Kelebihan teknologi Livezyme – berbanding dengan kaedah-kaedah lama pengambilan bahan nutrisi dan ubatan, system penyampai dengan teknologi Livezyme mempunyai kelebihan berikut :

i. Sumber alam semulajadi
ii. Penyerapan unsur-unsur kesihatan yang lebih cepat kerana bahan-bahan tersebut sudah mengalami pemerapan
iii. Mudah dibawa ke mana-mana
iv. Mudah digunakan, mudah diambil / ditelan
v. Sedap dan disukai oleh kanak-kanak dan orang dewasa
vi. Tidak mengandungi perangsang seperti kafein dan ephiderine
vii. Mengandungi dos yang tetap
viii. Tidak perlu digoncang
ix. Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk
x. Selamat – tidak mengandungi pewarna dan perisa tiruan
xi. Halal

Rangkaian penyediaan Livezyme sangat unik di dalam tiga aspek :

i. Setiap produk mengandungi inti pati dari 50 jenis bahan alam semulajadi
ii. 12 bakteria simbiotik untuk mengekstrak enzim
iii. 450 hari untuk proses pemerapan. Molekul dapat dipecahkan kepada molekul yang kecil. Ini memudahkan penyerapan oleh sel biologi

PRODUK TERUNGGUL :

A) LIVEZYME SERIES GINSENG ENZYME
KEBAIKAN LIVEZYME Series

Ø Memperbaiki aliran darah, menghalang kesan negative radikal bebas.
Ø Memecahkan lemak dan mengurangkan tahap kolesterol
Ø Mengurangkan berat badan yang berlebihan
Ø Meningkatkan kemampuan mental
Ø Anti-Penuaan
Ø Mencegah Kanser
Ø Mencegah katarak (selaput mata)

B) LIVESKIN SERIES – ENZYME GLACIAL MUD BAR

Liveskin Series Ensyme Glacial Mud Bar diperbuat dari glacial mud untuk rawatan kulit yang bermasalah. Kandungan utama ialah Silica, Magnesium, Calcium, Iron, Potassium, Cobalt, Manganese, Zinc, Selenium, Copper, Aluminium, Phosphorous dan Sodium yang diproses menggunakan tenaga solar dan campuran buah-buahan
Glacial Mud mengandungi mineral dan tanah liat di dunia. Didapati di Copper River Delta Alaska. Ia dapat menyahtoksid dan melembutkan kulit. Kaya dengan gabungan istimewa CoEnzymeQ10 iaitu untuk melembap, melembutkan dan melindungi kulit dan anti penuaan. Ianya lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak menyebabkan alergi.

KEBAIKAN LIVESKIN FACIAL BAR :

Ø Merapat dan mengecilkan liang roma
Ø Ianya menyerap jauh ke dalam kulit dan dapat mengurangkan bintik-bintik hitam dan parut jerawat.
Ø Menjadikan kulit muka cerah, lembut dan berseri
Ø Mengawal minyak yang berlebihan serta mencegah kekeringan pada kulit
Ø Membantu menyamaratakan warna tona kulit
Ø Menegangkan kulit muka dan menghaluskan kulit.

KESAN PENGGUNAANNYA DAPAT DILIHAT SELEPAS 2 MINIT. RASAKAN PERUBAHANNYA SETIAP HARI.

C) LIVEZYME COCOA CoQ10
KEBAIKAN LIFEZYME COCOA :

Ø Melegakan sakit sendi dan lenguh
Ø Mengawal berat badan
Ø Mengurangkan keletihan
Ø Memulihkan tenaga batin
Ø Anti-penuaan
Ø Baik untuk prostat

Berminat untuk mencuba?
Berminat untuk buat business ini?
Hubungi saya : 012-256 7454 / 013-610 7004 untuk temujanji
Jadilah orang yang terawal menyertai kami dan menceburi bidang perniagaan. Anda tidak akan menyesal dan tidak akan rugi malah anda akan dapat keuntungan.

Monday, June 1, 2009

Cuti Sekolah & Pengantin

Memang sudah menjadi trend, bila tiba je cuti sekolah, ramai la org yg akan melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah, menjadi rezeki aku kali ini. Walaupun aku dapat job buat make-up bukan direct customer - org punya customer, tapi aku bersyukur. At least ada la juga rezeki masuk. Biar sikit asal ada & ada keberkatan di situ.

Hari Sabtu & Ahad baru-baru ni aku dapat job make-up pengantin di Setapak Jaya. Dekat je dgn rumah. Walaupun penat & bayaran tu tak setimpal (sebab buat keje under org) tapi aku bersyukur malah happy sebab pengantin, tuan rumah & sedara-mara mereka baik-baik belaka. Layanan amat baik sekali. Entah berapa kali & entah berapa org yg asyik bertanyakan samada aku sudah makan atau belum.

Kadang-kadang aku terfikir, berurusan dgn org mcm tu lebih baik dpd berurusan dgn org yg kaya or banyak duit. Aku berani ckp mcm ni sbb pernah deal dgn org kaya & berduit. Bila org layan kita baik, kita buat kerja pun seronok & tak berkira. Kawan-kawan pengantin minta call card. Insyaallah boleh dpt job direct lepas ni. Aku pun tak lama lagi nk buka kedai.

Photographer pada hari tu juga baik. Kira 2 hari aku tu berjalan dgn baik la. Gambar-gambar pengantin tak dpt nk post kat sini sbb tunggu photographer bagi, makan masa sikit la.

Tunggu next week punya job lak. Sabtu & Ahad ada make-up lagi. 2 pengantin each day. Alhamdulillah.

Terima kasih yang tak terhingga kepada pengantin-Yani, kakak pengantin-Yana, ibu-bapa pengantin, saudara-mara pengantin & jiran-jiran pengantin atas layanan & kerjasama yg diberikan. Terima kasih juga kepada photographer, Nani atas kerjasama baik yg diberikan.

Wednesday, May 20, 2009

Carta Top 10

JASA ANDA DI DUNIA vs ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT
1. Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu
2. Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka WAIL sedang menganga
3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar
4. Mengumpat peribadi orang - Gunting neraka sedang diasah
5. Menyebarkan gossip atau fitnah - Duri2i menanti anda di taman neraka
6. Tidak menjaga pergaulan - Libasan api neraka dijanjikan
7. Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersama mu..
8. Menyakiti hati orang dengan lisan - Masuklah mana-mana pintu neraka
9. Meringankan amanah - Angkatlah seberkas kayu dari neraka
10. Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang